Monday, May 25, 2009

Notes From Editor




Salam sayang kepada semua blogger dan pembaca Remix

Akhirnya Remix dah ada blog sendiri!

Blog ini dicipta ketika team Remix dalam keadaan `huru hara' mengejar deadline. Seronok dan gembira kerana kami akhirnya punya ikatan lebih dekat dengan pembaca. Maklumlah, semua orang punya blog sendiri, mustahil Remix mahu menidakkan kekuatan blog di zaman ini.

Tidak ada banyak yang mahu diperkatakan pada hari pertama ini. Kami cuma mahu mengucapkan selamat datang kepada mereka yang bakal menjadi `keluarga' Remix.

Apa pun sebelum itu, siapa di belakang Remix? Mereka ialah saya sendiri, Nor Asikin Hassan dan tiga lagi wartawan handalan dan ceria belaka iaitu Zureen Hamzah, Noreen Tajuddin dan Hafiz Sakmi. Artis grafik pula ialah Jank.

Seperti kata si bijak pandai, Anais Nin, `the role of a writer is not to say what we all can say, but what we are unable to say'.

Jadi, apa lagi? Jom blogging!!

5 comments:

  1. tahniah.. saya pun baru je mule baca remix..hehe.kebetulan pule bulan ni remix ader blog..best2..xsabar nak tunggu remix next issue.hihi

    ReplyDelete
  2. Hi. Bulan lepas, semasa Sakit Kepala Fest IV di MCPA Hall, Kuala Lumpur, Remix ada datang ke booth saya (Art Syndrome) untuk interview. Jadi, saya nak tahu, adakah Art Syndrome akan disiarkan dalam mana-mana ruangan di Remix keluaran akan datang? Terima kasih.

    Sekian,
    Ameirul Azraie bin Mustadza
    Art Syndrome by Carpe Diem Apparel

    ReplyDelete
  3. salam.. hi kak nor asyikin.. sy pbaca baru REMIX.. pape pon jumpa kita sabtu ni ye...

    ReplyDelete
  4. tahniah lar psal buat blog nieh!!!
    yuna punya pasal aku baca mjalah korang
    apepun buat yg terbaik dan gud luck,,,

    ReplyDelete