Tuesday, May 26, 2009

Pembikinan cover Remix isu Julai with our starlet-YUNA!

Pose pertama Yuna untuk haritu Yuna bersama peminat fanatiknya(Anne) yang kini menjalani praktikal bersama REMIX.sERONOK SANGAT aNNE dapat jumpa Yuna!

Aku pun tak lepaskan peluang untuk pose bersama Yuna


Hari panas,makeup pun cepat je cair
Hehe..sms sapa tu?


Panas terik tapi tetap maintain


sambil brother ni setup lighting,Yuna sempat menyanyi lagi tuu


Awas!!!!Kerenggaaaaaa


Shariful siap panjat pokok untuk dapatkan angle terbaik!Kesian..sampai kena gigit kerengga!!!


YUNA ditouch-up oleh sepupunya..wawa

tiap2 bulan mmg dah jadi tugasan kami kat REMIX ni untuk membuat pemilihan artis yang paling hot untuk menjadi kita orang punya covergirl!Dan kali ni pilihan aku adalah Yuna memandangkan dia ni memang tengah meletup2 namanya.Dengan gaya dan lagu-lagu dia yang sempoi,mmg layan lah dia jadi kita orang punya covergirl!Bila nama Yuna aku suggest kat bos aku(kak shikin) dia pun terus setuju.dan bila team yang lain pun agree aku pun col Yuna.
Yuna pecah kepala???????????
Malangnya,dia menolak sebab masa tu dia tengah stres berperang dengan final exam!Perghh!mana tak stres..nama pun budak law beb!Memang pecah kepala.Masa dia tak nak tu,frust jugalah rasanya.Time tu pula aku tengah cuti panjang...alamak...sapa lagi yang layak???Pening kepala aku memikirkannya.
Berita daripada Yuna...
Tapi,nasib baiklah satu hari tu pukul 5.30 am(pagi giler tu) si Yuna sms aku mengatakan sorry pasal dia menolak tawaran yang kami berikan.Sebabnya dia kata masa tu dia tengah stres sangat.Tak sempat nak fikir!Dia bgtau yang dia ready dan happy untuk memenuhi permintaan kami!Fuhh..lega!Tengahari tu dia col aku dan kami pun confirmkan masa serta lokasi.
Hari bersama Yuna
Akhirnya pada 19 may lepas...fotoshoot cover REMIX dibuat di Shah Alam.Yuna yang nampak cun haritu dimakeup kan oleh Kak Sai(makeup artis diraja tu).Bertuah Yuna!Haha...Lepas makeup,Yuna membawa team REMIX(aku-noreen&anne(gadis praktikal yang malu-malu kucing) ke lokasi penggambaran!Tempatnya di sekitar Shah Alam...Huhu..sian Yuna..dahla hari panas terik..berpeluh2 dibuatnya!Tapi Yuna ni memang sporting..sebab dia tak kisah katanya panas ke apa ke..janji dapat berikan yang terbaik katanya!Lagipun dia juga sukakan eksperimen dalam fotografi!Tempat yang kita orang shoot tu bukan je panas,banyak pula kerengga...aduiii...........tapi Yuna tetap maintain ceria hari tu menggayakan baju yang ditaja oleh Badger!

Photographer naik hantuuu...
Dengan gitar kesayangannya,Yuna yang mula2 kelihatan kekok untuk beraksi lincah lama2 semakin ligat memberikan pelbagai pose tanpa diajar!Makin ligat lah Shariful(photographer) dan Afnan(praktikal) merakamkan pose2 menarik!Sampai panjat pokok Shariful tu!(korang tengoklah gambar) tu sendiri.Fotografi haritu makan masa taklah lama tapi taklah sekejap sangat...sebab Yuna ni tak banyak kerenah..apa kita cakap dia ikut jeee.....sporting betul!
YUNA dedah rahsia
Untuk hari tu,Yuna ditemani sepupunya Wawa...dialah yang membantu Yuna!So..tak maulah cerita lebih2..banyak kerja lain lagi nak buat..ahaks...ha..kalau u all nak tengok gambar2 menarik yang dirakamkan haritu dan apa story Yuna yang didedahkan kepada REMIX,tentang diri Yuna yang korang tak pernah baca kat mana-mana pun..jangan lupa WAJIBBBBBBBBBBB beli REMIX isu Julai nanti tawwwwwwwww!!!!Banyak juga story lain yang best2 dalam tu nanti..Choww.Adios Amigossssssssss.....-noreen tajuddin-































..

Monday, May 25, 2009

Notes From Editor




Salam sayang kepada semua blogger dan pembaca Remix

Akhirnya Remix dah ada blog sendiri!

Blog ini dicipta ketika team Remix dalam keadaan `huru hara' mengejar deadline. Seronok dan gembira kerana kami akhirnya punya ikatan lebih dekat dengan pembaca. Maklumlah, semua orang punya blog sendiri, mustahil Remix mahu menidakkan kekuatan blog di zaman ini.

Tidak ada banyak yang mahu diperkatakan pada hari pertama ini. Kami cuma mahu mengucapkan selamat datang kepada mereka yang bakal menjadi `keluarga' Remix.

Apa pun sebelum itu, siapa di belakang Remix? Mereka ialah saya sendiri, Nor Asikin Hassan dan tiga lagi wartawan handalan dan ceria belaka iaitu Zureen Hamzah, Noreen Tajuddin dan Hafiz Sakmi. Artis grafik pula ialah Jank.

Seperti kata si bijak pandai, Anais Nin, `the role of a writer is not to say what we all can say, but what we are unable to say'.

Jadi, apa lagi? Jom blogging!!